Empat terkorban nahas pesawat di wilayah Irkutsk Rusia

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan lima yang lain cedera selepas sebuah pesawat L-410 terhempas ketika cuba mendarat di wilayah Irkutsk, Rusia pada Ahad.

Pesawat itu membawa dua kru dan 14 penumpang, lapor Xinhua memetik kenyataan Agensi Berita RIA Novosti.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan sebuah hospital tempatan bersiap sedia untuk menerima mangsa yang cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan: