Korea Utara lancar peluru berpandu jenis baharu

Foto: STR/AFP/Getty Images
Foto: STR/AFP/Getty Images
A
A
A

SEOUL - Korea Utara berjaya melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh yang baharu pada hujung minggu lalu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita Korea Utara (KCNA) pada Isnin.

Pelancaran peluru berpandu jenis cruise itu dibuat tanpa kehadiran pemimpin Kim Jong Un dan dipercayai bertujuan untuk mempamerkan kekuatan ketenteraan negara itu tanpa melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Korea Utara dilarang menggunakan teknologi balistik di bawah beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Bagaimanapun, peluru berpandu cruise tidak dikenakan sekatan kerana dianggap kurang memberi ancaman berbanding balistik.

"Peluru berpandu dengan kelajuan 7,580 saat itu mampu mengenai sasaran sejauh 1,500 kilometer," lapor KCNA.

Pelancaran itu adalah yang ketiga untuk tahun ini.

Pada 21 Mac, Korea Utara menyasarkan dua peluru berpandunya ke pantai barat, menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS).

Empat hari kemudian, dua peluru berpandu balistik disasarkan ke Laut Timur dipercayai versi yang ditambah baik dari jenis KN-23 Iskander. - Bernama

Artikel Berkaitan: