Korban Taufan Conson di Filipina meningkat kepada 17 orang

Taufan Conson melanda Filipina. - Foto CNN
Taufan Conson melanda Filipina. - Foto CNN
A
A
A

ANKARA - Angka korban akibat Taufan Conson yang melanda sebahagian Filipina meningkat kepada 17 orang pada Ahad.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana, kira-kira 9,000 bangunan mengalami kerosakan dan sistem pengangkutan terjejas, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 24 orang dilaporkan cedera sementara tujuh masih hilang dan lebih 313,000 penduduk terjejas akibat bencana itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: