Penunggang motosikal maut tercampak

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Seorang pemuda terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Timbalai dekat Kg Sg Miri, tengah hari semalam selepas hilang kawalan ketika menunggang motosikalnya.

Ketua polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, Mohd Suzly Hamidun, 29, tercampak dari motosikalnya lalu mengenai sebatang pokok semasa kejadian pukul 5.40 petang itu dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman di dada.

Polis percaya mangsa dalam perjalanan dari Kg Sg Buton ke Kg Sg Miri apabila kemalangan itu berlaku.

"Adalah dipercayai mangsa melalui simpang sempit apabila dia hilang kawalan ke atas motosikalnya,” kata Farid.

Mangsa dijumpai terbaring di sebelah jalan raya oleh orang yang lalu di situ, yang kemudian memberitahu polis.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis 087-506222 bagi membantu siasatan.-Bernama

Artikel Berkaitan: