99 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam

Sebanyak 99 kematian baharu berkaitan Covid-19 direkodkan KKM dalam tempoh 24 jam pada Ahad. - Gambar hiasan
Sebanyak 99 kematian baharu berkaitan Covid-19 direkodkan KKM dalam tempoh 24 jam pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 99 kematian baharu berkaitan Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam pada Ahad.

Menerusi data yang dikeluarkan di laman sesawang COVIDNOW, jumlah pelaporan kematian diundur tarikh (backlog) adalah 193 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 106 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlahnya, 3,782 kes.

Sabah melaporkan kes kematian tertinggi iaitu 84 kes diikuti Selangor (45), Kedah (36), Negeri Sembilan (29), Kuala Lumpur (18), Pulau Pinang (16), Kelantan (13), Perak (11), Sarawak (sembilan), Pahang (tujuh), Terengganu (empat), Melaka dan Perlis (dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 20,711 kes.

Sementara itu, terdapat 237,277 kes aktif direkodkan sehingga jam 11.59 malam Ahad.

Daripada jumlah itu, 197,255 kes (83.1 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Terdapat 25,635 pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) dan 13,079 lagi menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 721 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 617 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).