Israel larang dua ulama Palestin masuk al-Aqsa

Sheikh Najeh Bkerat
Sheikh Najeh Bkerat
A
A
A

TEL AVIV - ISRAEL . Pihak berkuasa Israel melarang dua ulama tertinggi Palestin memasuki Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur di tengah-tengah peningkatan tindakan keganasan rejim Zionis dan pelampau Yahudi ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap Pertubuhan Waqf Islam yang menguruskan hal ehwal Haram al-Sharif, Firas al-Dibs berkata, pihak berkuasa, semalam melarang Pengerusi Majlis Waqf, Sheikh Abdul-Athib Salhab masuk ke kawasan suci itu selama 40 hari berturut-turut.

Sebelum ini, Salhab telah dikenakan larangan selama seminggu selepas beliau dibebaskan pada minggu lalu.

"Selain itu, timbalan pengarah pertubuhan itu, Sheikh Najeh Bkerat juga dikenakan larangan sama untuk tempoh empat bulan.

Salhab ditahan pihak berkuasa Israel atas keberaniannya membuka semula Bab al-Rahma di Haram al-Sharif pada 25 Februaria lalu yang membolehkan penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.

Kawasan solat di pintu tersebut telah ditutup pada 25 Februari lalu selepas menerima arahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. - Press TV

Artikel Berkaitan: