Hari baharu buat PH, kerajaan

Kerajaan dan PH hari ini akan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang menyaksikan kerjasama secara 'dwipartisan'. - Foto Bernama
Kerajaan dan PH hari ini akan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang menyaksikan kerjasama secara 'dwipartisan'. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat bakal menyaksikan permulaan kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) apabila kedua-dua pihak bersetuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman hari ini.

Kerajaan dan PH dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman itu pada Isnin jam 5 petang di Dewan Bankuet, Parlimen.

Memorandum tersebut adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik itu akan ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Persetujuan memorandum berkenaan dibuat selepas mengadakan beberapa pusingan rundingan yang melibatkan wakil kerajaan dan PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan, pembangkang tandatangan memorandum persefahaman esok

Dalam pada itu, kerajaan memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri di bawah Fasa 3 dan 4 manakala negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, menurut Mohd Radzi, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk sesi persekolahan yang akan datang.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan itu dijangka menimbulkan kerisauan sesetengah pihak terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

Oleh itu, kerajaan dijangka memperkenalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu supaya pihak sekolah dapat memastikan pelajar mematuhi penjarakan fizikal serta mengawal penularan jangkitan wabak Covid-19.

Di samping itu, kerajaan turut dijangka memperkenalkan pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah dan pemberian vaksin kepada remaja susulan pembukaan sesi persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah akan dibuka dengan sistem penggiliran bermula 3 Oktober

KPM wajibkan pemakaian pelitup muka