Kasut Emas kekal milik Ifedayo

Ifedayo menyumbang satu gol pada aksi di Stadium MBPJ malam ini. - Foto Selangor FC
Ifedayo menyumbang satu gol pada aksi di Stadium MBPJ malam ini. - Foto Selangor FC
A
A
A

PENYERANG berbisa Selangor FC, Ifedayo Olusegun sah meraih Kasut Emas bagi musim kedua berturut-turut selepas berjaya merekodkan 26 gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Begitupun, gol ke-26 peribadi Ifedayo yang hadir pada malam ini masih belum cukup membantu Selangor FC mengakhiri saingan Liga Super 2021 dengan noktah kemenangan apabila mereka tewas 1-2 kepada PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Keputusan itu juga menyaksikan The Red Giants tewas buat kali pertama selepas enam perlawanan, sekali gus terlepas peluang menamatkan saingan musim ini di tangga keempat.

Dalam aksi terbabit, PJ City FC lebih agresif sehingga berjaya mendahului selepas Khyril Muhymeen Zambri berjaya menanduk masuk gol pertama hasil sepakan sudut pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Ifedayo berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada penghujung babak pertama.

Penyerang PJ City, Darren Lok gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47 sebelum pemain gantian, Syahmi Zamri meledak gol kemenangan pasukan pelawat menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-62.

Artikel Berkaitan: