X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

26 individu dikesan positif Covid-19 saringan di Kompleks Parlimen

A
A

SHAH ALAM - Keputusan Ujian Saringan Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Kompleks Parlimen mendapati 26 individu dikesan positif Covid-19 daripada 1,801 individu yang telah disaring.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu tersebut melibatkan seorang Senator dan 25 kakitangan Parlimen manakala dua ahli Parlimen dari hasil saringan di luar bangunan itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua individu positif telah lengkap divaksinasi.

“Daripada jumlah itu, 15 daripada mereka disahkan positif Covid-19 sebelum ini iaitu antara 27 Mei hingga 1 September 2021, manakala 13 individu pula baharu sahaja dikesan positif buat pertama kali semasa saringan 10 hingga 11 September.

“Dua kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi dengan nilai CT value atau nilai kitaran ambang RT PCR antara 17.57 sehingga 20.58 dan 26 kes dengan nilai CT value antara 21.95 sehingga 38.23.

“Ujian PCR genotyping assay yang dijalankan mendapati 18 sampel berkemungkinan besar adalah Varian Delta dan satu berkemungkinan besar Varian Beta.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mula menjalankan penjujukan genom Covid-19 (Whole Genome Sequencing),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, individu yang kali pertama disahkan positif iaitu sebanyak 13 kes tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen sehingga diberi keputusan akhir penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) manakala siasatan dan penilaian risiko masih dijalankan untuk menentukan kaitan epidemiologi antara satu sama lain serta mengenal pasti kontak rapat.

“Individu yang pernah disahkan Covid-19 sebelum ini akan disiasat semula untuk menilai tahap kesihatan dan jangkitan semasa supaya tindakan lanjut dapat diambil.

“Tindakan ini penting bagi mengenal pasti dengan lebih lanjut status jangkitan mereka memandangkan terdapat di kalangan mereka yang masih mempunyai gejala ringan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!