Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

No Image Caption
A
A
A

Sebahagian anak benih pokok Meranti telah ditanam oleh Jabatan Hutan Negeri Kedah (JPNK) di sekitar kawasan kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan di seluruh negeri ini yang diterokai secara haram antara 2011 hingga kini sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 hari ini.

Mengenai kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara, JPNK menyasarkan sebanyak 2.75 juta pokok ditanam di kawasan yang dikenal pasti di negeri ini dengan 550,000 pokok ditanam setiap tahun sehingga 2025.

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersama-sama menanam pokok, menghijaukan alam dan mencapai sasaran negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah di negara ini diliputi pokok dan hutan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Shark-Nya Raya di Aquaria KLCC

No Image Caption
GALERI

Pemandangan kabur

No Image Caption
GALERI

Program Klinik Bola Sepak

No Image Caption
GALERI

Solat Jumaat bersama rakyat