Damok tamatkan GP Aragon di tempat ke-13

Syarifuddin ketika beraksi di GP Aragon pada Ahad. - Foto Petronas SIC
Syarifuddin ketika beraksi di GP Aragon pada Ahad. - Foto Petronas SIC
A
A
A

PELUMBA Moto3 Petronas SRT, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar MotorLand Aragon pada kedudukan ke-13 pada Ahad.

Syarifuddin mencatatkan masa 38 minit 3.555 saat manakala rakan sepasukannya, Darryn Binder menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketujuh dengan catatan 37 minit 55.843 saat.

Aksi Syarifuddin (63) dan Binder (40) di GP Aragon pada Ahad. - Foto Petronas SIC
Aksi Syarifuddin (63) dan Binder (40) di GP Aragon pada Ahad. - Foto Petronas SIC

Syarifuddin yang bermula pada petak ke-21 dilihat mempamerkan aksi mengagumkan apabila berjaya meninggalkan pelumba-pelumba lain bagi menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-13.

Binder yang bermula di petak pertama bagaimanapun berjaya dipintas pelumba lain, menyaksikan pelumba kelahiran Afrika Selatan itu menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketujuh.

Pelumba Itali, Dennis Fogia daripada pasukan Leopard Racing, muncul juara Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland Aragon pada Ahad.

Artikel Berkaitan: