PH umum lantik enam jawatan utama sebagai persediaan PRU15

Kenyataan Majlis Presiden PH pada Ahad.
Kenyataan Majlis Presiden PH pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pelantikan enam jawatan utama sebagai persediaan mengukuhkan barisan pimpinan gabungan tersebut bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan berkata, pelantikan membabitkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausaha PH, Howard Lee Chuan How (Ketua Pemuda PH) dan Senator Aiman Athirah (Ketua Wanita PH).

Ujar kenyataan tersebut, turut dilantik ialah Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Pengarah Strategi PH, Anthony Loke (Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH) dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi PH).

“Majlis Presiden PH mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dilantik.

“Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, di lapangan serta menuju PRU15,” katanya dalam kenyataan Ahad.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Artikel Berkaitan: