Padah tipu polis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penagih dadah lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes membuat panggilan kecemasan palsu mendakwa berlaku kejadian tembak dan bunuh di Kampung Kolam Abu, Machang pada Sabtu.

Suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan polis yang tiba di rumah suspek bagi melakukan pemeriksaan berhubung maklumat yang disalurkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada jam 11.21 malam Sabtu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerima maklumat daripada Mers 999 menerusi seorang pemanggil yang tidak dikenali.

Katanya, pemanggil maklumkan ada kejadian tembak dan bunuh di Kampung Kolam Abu, Machang yang membawa kepada kematian mangsa dan suspek melarikan lari.

“Maklumat disalurkan ke Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang kemudian bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 12.30 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan tidak menemui apa-apa tanda kejadian sebaliknya maklumat tersebut adalah palsu,” katanya kepada pemberita di IPK di sini pada Ahad.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis metamphetamine.

“Semakan terhadap suspek menemui lima rekod lampau bersabit jenayah samun, samun berkumpulan dan bersenjata serta tiga rekod membabitkan kesalahan dadah.

Artikel Berkaitan:

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menagih dadah dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu,” katanya.