200,000 rakyat Kelantan akan berhimpun bantah ICERD

Pimpinan Pas, Umno bergabung bantah ICERD sempena Ceramah Roadshow Himpunan Rakyat Bantah ICERD peringkat Tumpat di Padang Kemahkotaan, Tumpat malam tadi.
Pimpinan Pas, Umno bergabung bantah ICERD sempena Ceramah Roadshow Himpunan Rakyat Bantah ICERD peringkat Tumpat di Padang Kemahkotaan, Tumpat malam tadi.
A
A
A
TUMPAT - Pas menjangkakan lebih 200,000 rakyat Kelantan menghadiri himpunan besar-besaran membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, dia yakin ratusan ribu rakyat Kelantan akan berkumpul pada perhimpunan besar-besaran yang akan diteruskan juga di Kuala Lumpur nanti.

"ICERD ini bukan nak runtuhkan sebuah masjid tapi mereka mahu runtuhkan kedaulatan Islam, meruntuhkan keseluruhan institusi masjid.

"Saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan, cintakan Islam berkumpul, kita bukan mahu pertahankan sebuah masjid tetapi mahu mempertahankan kedaulatan Islam," katanya.

Che Abdullah bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berucap sepentas dengan Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah sempena Ceramah Roadshow Himpunan Rakyat Bantah ICERD peringkat Tumpat di Padang Kemahkotaan, Tumpat malam tadi yang dianjurkan bersama oleh NGO Ummah dan Muafakat.

Turut bersama, Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hasan, Adun Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat dan Wakil NGO Ummah, Kamaruzaman Mohamad yang juga Pengarah Himpunan Aman Bantah ICERD di Dataran Merdeka 8 Disember nanti.

Che Abdullah berkata, dalam isu ICERD, kedua-dua parti, Pas dan Umno menetepikan perbezaan ideologi politik demi pertahankan Islam.

"Bukan setakat ahli Umno tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mengundi PH dalam PRU yang lalu pun perlu bersama kami menentang ICERD, " katanya.

Menurutnya, kebangkitan rakyat ini diambil kira oleh kerajaan hari ini.
Artikel Berkaitan:


"Saya menyeru kita zahirkan menentang ICERD dengan hadir ke perhimpunan di ibu negara 8 Disember ini.

"Kita perlu bersama dalam apa keadaan sekali pun demi pertahankan Islam," katanya.

Menurutnya, Umno sepentas bersama Pas demi mempertahankan Islam yang kini tergugat.