Tangisan Ehsan Nafis dan adiknya yang mahu bawa ibu bapa ke syurga buat netizen sebak

Video syahdu yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew yang meragut perasaan netizen
A
A

KEPADA yang mengikuti perkembangan Ustaz Ebit Lew, pasti ramai tahu yang beliau kini sedang giat menganjurkan ProKids iaitu sebuah Program Kembara Intelek dan Sahsiah di seluruh negara.

Program ini menyasarkan pelajar yang berusia seawal 9 tahun hingga 17 tahun.

Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew

ProKids antara lain bermatlamatkan mahu membantu pelajar mengenal diri dan membentuk jati diri cemerlang serta mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Antara pengisian lain ialah mengajak budak-budak ini agar menyayangi ibu bapa dan belajar memberi khidmat kepada mereka yang telah membesarkan mereka daripada masih bayi lagi. Ada 10 negeri lagi yang bakal dijelajahi beliau bersama pasukannya.

Ternyata, usaha Ustaz Ebit memberi impak yang mendalam.

Semalam, dua adik-beradik yang mengikuti program berkenaan yang berlangsung di Kolej Widad, Kuantan, Pahang mencuri tumpuan netizen apabila Ustaz Ebit memuat naik video syahdu dua adik-beradik yang mengangkat tangan berdoa mahu membawa ibu dan bapanya menjadi penghuni syurga.


Tangisan tersedu-sedan Ehsan Nafis dan adiknya

"Sebak sangat Ya ALLAH. Tangisan dekat seribu anak remaja di Kuantan. Adik ni baik beri tisu pada adiknya. Untung mak ayah anak ini. Dia berjanji bersama adiknya nak bawa mak ayah masuk syurga.

"Nak bawa mak ayah pergi haji. Nak buat dakwah ajak orang lain masuk Islam. Tangisan itu berharga jika kerana Allah. Kerana Islam. Kerana mak ayah. Kerana kesedaran. Syukur semua sempat peluk cium mak ayah," tulis Ustaz Ebit melalui laman Instagramnya malam tadi.

Ustaz Ebit luah rasa terkilan tak sempat lakukan perkara sama

Melihat kepada perlakuan ikhlas dua beradik itu, Ustaz Ebit sangat tersentuh.

Ujarnya, beliau sedih apabila tidak berpeluang melakukan perkara yang serupa seperti yang dilakukan Ehsan dan adik kesayangannya.

Kata Ustaz: "Saya dulu tak sempat buat macam tu.Terimalah ya Allah jadi asbab kebaikan dan hidayah."

Video tersebut memang berdurasi lebih kurang seminit itu, memang 'deep'. Tiada cercaan sebaliknya mendatangkan keinsafan.

Kata-kata neyneyomey memang pilu:

"Anak saya meninggal pra matang...dua org dah...dua dua anak lelaki. Bila tengok adik berdua ni...hati saya jadi sayu..bagaimana mereka mndoakan ingin mmbhagiakan kedua ibu bapa mereka. Allahuakhbar.

"Rahmat dan kasih Allah itu luas...saya tak dapat jumpa mereka di sini..Allah kasi pinjam sekejap saja. Insya-ALLAH, rezeki saya di sana. Anak-anak saya tunggu saya. Saya reda. Saya reda saya reda.. Alhmdulillah. Moga adik berdua kenanglah..betapa pengorbanan mak dan ayah uuntuk dptkan anak seperti adik perlukan pengorbanan. Bahagiakan mereka."

Jangan didik anak demi dunia semata-mata:

"Subhanallah. Sedihnya. Semoga mereka semua menjadi anak yang soleh. Sentiasa taat pada perintah agama.

"Berbakti pada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita jangan didik anak kita untuk dunia semata-semata, ajar dan didiklah mereka untuk lebih mencintai akhirat. Insya-Allah semuanya selamat."

Moga perkongsian cerita dua beradik tadi memberi pedoman kepada kita semua. Orang kata, kalau melentur buluh, biar daripada rebungnya."

Budak-budak zaman sekarang memang susah nak cakap, mereka berada pada zaman yang luar biasa. Tidak keterlaluan untuk disebut, gajet telah 'menenggelamkan' sikap toleransi, hormat-menghormati sesama manusia.

Kepada ibu bapa era milenium, bimbinglah anak-anak kita. Walau zaman berubah, silih berganti dan secanggih mana pun, kalau tiada anak yang soleh, hidup kita sampai bila tiada arah tuju.

Sumber: Ustaz Ebit Lew


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia