Lelaki, remaja perempuan ditahan naik SUV curi

Abd Khalid
Abd Khalid
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki dan seorang remaja perempuan ditahan kerana disyaki menaiki sebuah kenderaan curi di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menahan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dalam keadaan mencurigakan berhampiran Plaza Tol Sunway pada jam 1 pagi.

"Kedua-dua individu itu turun dari kenderaaan tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil semakan, kami mendapati lelaki berkenaan ada satu rekod lampau dan dikehendaki bersabit kes jenayah di Ulu Yam Bharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Abd Khalid berkata, pemeriksaan terhadap nombor kenderaan dipandu oleh lelaki berkenaan mendapati ia masih dilaporkan hilang di Brickfields.

"Kedua-dua suspek berusia 25 dan 17 tahun itu serta kenderaan yang dirampas dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Lelaki itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: