Buruh mengaku salah rogol gadis bawah umur dua kali

Tertuduh (tengah) yang dikawal polis dibawa keluar keluar dari lokap Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas selesai berdepan dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.
Tertuduh (tengah) yang dikawal polis dibawa keluar keluar dari lokap Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas selesai berdepan dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Che Rohaiza Che Rohim, 39, didakwa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 26 September ini sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Tanah Merah pada jam 2 petang, 28 Ogos lalu.

Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di lokasi dan masa yang sama, 29 Ogos lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hajarul Falenna sebelum itu, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana pertuduhan serius yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh bagaimanapun merayu agar hukuman terhadapnya nanti pada kadar minimum selain meminta ia berjalan secara serentak.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman.