Dulu Arsenal, kini Flamengo

Luiz. Foto: Reuters
Luiz. Foto: Reuters
A
A
A

BEKAS tonggak tengah Brazil, David Luiz kini memperkuatkan cabaran kelab wilayah Rio de Janeiro, Flamengo, kata kelab tersebut.

Luiz yang memiliki penampilan sebanyak 57 kali bersama Brazil sebelum itu ketiadaan kelab sejak berpisah dengan sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal pada Julai lalu.

"Ini merupakan kehendak dan kemahuan penyokong untuk Luiz menyarung jersi merah dan hitam," jurucakap Flamengo di laman sosial medianya.

Luiz sebelum itu mencipta aura tersendiri ketika bersama Benfica dan Paris St Germain, namun magisnya lebih menyerlah ketika menyarung jersi kelab London, Chelsea.

Ketika bersama The Blues, Luiz menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara, dua kejuaraan Piala FA dan kejuaraan liga.

Untuk rekod, Flamengo mengikat pemain berusia 34 tahun itu sehingga Disember 2022.

Artikel Berkaitan: