KKM pertingkat siap siaga, kapasiti hospital di Langkawi

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti untuk respons Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes Covid-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kesiapsiagaan ini susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September.

“HSM merupakan sebuah hospital hibrid yang merawat pesakit Covid-19 (79 katil) dan bukan Covid-19 (142 katil).

“Melalui penubuhan i-PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19) Lapangsasar Antarabangsa Malaysia (LISRAM) pada 4 Ogos lalu, sebanyak 60 katil tambahan telah berjaya diwujudkan bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 1, 2 dan 3 (berisiko rendah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari negeri fasa 1 PPN

Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari negeri fasa 1 PPN

Dr Noor Hisham berkata, bagi ICU, sebanyak lapan katil tambahan disediakan sebelum ini, menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13.

“Daripada jumlah ini, sembilan katil adalah dikhususkan bagi merawat kes Covid-19,” katanya.

Menurutnya, jabatan lain HSM seperti Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Patologi dan Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik dan Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsiagaan masing-masing bagi merawat kes Covid-19 yang mungkin akan bertambah.

“Melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan-tindakan proaktif tertentu diambil.

Artikel Berkaitan:

“Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes Covid-19, mobilasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus Covid-19 di pulau percutian ini,” ujarnya.