500 keluarga terima bakul makanan

Wan Adnan (depan, dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil NGO di Balai Raya Balok, Kuantan pada Ahad.
Wan Adnan (depan, dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil NGO di Balai Raya Balok, Kuantan pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN- Sebanyak 500 bakul makanan akan diagihkan kepada penduduk di kawasan Indera Mahkota yang terkesan dengan Covid-19.

Pengerusi Syarikat KTK Dom Railway Sdn Bhd, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan sejumlah RM25,000 berupa barang keperluan harian.

"Sumbangan ini juga salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu mereka memerlukan," katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 20 wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Balai Raya Balok, di sini pada Ahad.

Katanya, dana bagi menyalurkan bantuan itu diperoleh menerusi sumbangan daripada syarikat Dom Industri Sdn Bhd dan KTK Dom Railway.

Wan Adnan berkata, selain bakul makanan, pihaknya memperuntukkan RM6,000 untuk pembelian komputer riba dan tablet kepada pelajar kurang berkemampuan bagi memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sementara itu, Pengerusi Kelab Mamanita Indera Mahkota, Wan Napiah Wan Yusof berkata, agihan sumbangan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Kita berterima kasih kepada pihak syarikat kerana sudi menyumbang dan pasti ia dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: