X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Dua penunggang motosikal maut hilang kawalan di selekoh

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara-Selatan pada Sabtu.
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Dua penunggang motosikal maut dan seorang lagi cedera parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.12 malam dan tiba di lokasi kejadian pada jam 10.39 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan tiga penunggang motosikal. Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Slim River, Perak manakala mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan membabitkan tiga buah motosikal masing-masing dua jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah motosikal Yamaha 135LC pada jam 10.45 malam.

"Kesemua penunggang motosikal itu dari arah Ulu Bernam ke Kuala Lumpur. Apabila tiba di Kilometer 405.3 lebuh raya berkenaan, mereka disyaki bergesel sesama sendiri dan hilang kawalan ketika berada di selekoh," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Arsad memberitahu, penunggang motosikal berusia 28 dan 29 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala seorang lagi berusia 35 tahun cedera parah sedang menjalani rawatan di Hospital Slim River Perak," katanya.

Arsad turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!