Wanita melecur rumah terbakar

Keadaan sebuah rumah di Jalan Parit 3 Kampung Sungai Burong di sini terbakar pada Sabtu.
Keadaan sebuah rumah di Jalan Parit 3 Kampung Sungai Burong di sini terbakar pada Sabtu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seorang wanita melecur di lengan kanan selepas rumahnya di Jalan Parit 3 Kampung Sungai Burong di sini terbakar pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang berusia 50-an itu sempat keluar menyelamatkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.46 malam.

"Seramai 21 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memberitahu, kebakaran membabitkan kemusnahan 60 peratus dan berjaya dikawal pada jam 8.09 malam.

"Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: