Ronaldo pacu kemenangan Manchester United

Ronaldo (kanan) meraikan jaringan pembukaan The Red Devils semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Newcastle United di Old Trafford, Manchester. FOTO: AFP
Ronaldo (kanan) meraikan jaringan pembukaan The Red Devils semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Newcastle United di Old Trafford, Manchester. FOTO: AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo melaungkan amaran awal kehadirannya semula di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu diberikan perhatian serius apabila membantu The Red Devils menewaskan Newcastle United 4-1 di Old Trafford.

Tampil dengan reputasi tinggi, bekas penyerang Juventus tersebut membuka akuan gol pertama di laman sendiri dengan jaringan pada minit ke-47 babak pertama.

Bersambung babak kedua, pemain yang kembali semula ke bumi Manchester selepas 12 tahun terus garang apabila meledak gol kedua pada minit ke-62, sekali gus memadam gol penyamaan Javier Manquillo pada minit ke-56 sebelum itu.

Gol itu ternyata membakar semangat pemain The Red Devils lain apabila tiba giliran Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya Manchester United dengan gol keempat pada minit ke-92.

Keputusan itu menyaksikan Manchester United mengumpul 10 mata manakala Newcastle United satu mata selepas masing-masing mengharungi empat perlawanan.

KEPUTUSAN PENUH

Arsenal 1- 0 Norwich

Brentford 0 - 1 Brighton

Artikel Berkaitan:

Leicester City 0-1 Manchester City

Manchester Utd 4 - 1 Newcastle United

Southampton 0 - 0 West Ham

Watford 0 - 2 Wolves

Crystal Palace 3- 0 Tottenham