Aubameyang akhiri kemarau kemenangan Arsenal

Aubameyang (kanan) dan Ainsley Maitland-Niles meraikan jaringan ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal menentang Norwich City di London. FOTO: AFP
Aubameyang (kanan) dan Ainsley Maitland-Niles meraikan jaringan ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal menentang Norwich City di London. FOTO: AFP
A
A
A

ARSENAL mengakhiri kemarau kemenangan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Norwich City 1-0 dalam perlawanan di Stadium Emirates.

Penyerang sensasi The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang muncul wira kelab utara London tersebut dengan jaringan pada minit ke-66 untuk menewaskan penjaga gol The Canaries, Tim Krul.

Tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan awal tanpa kemenangan ternyata memberi suntikan semangat kepada pengendali The Gunners, Mikel Arteta yang berdepan tekanan hebat sebelum ini.

Anak buah Arteta dijadualkan ke Turf Moor bagi perlawanan seterusnya menentang Burnley pada Sabtu depan.

Artikel Berkaitan: