Tiada makluman kes helikopter PDRM ceroboh ruang udara Singapura

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hazani Ghazali berkata, penerbangan helikopter itu bagi tujuan penugasan rasmi.

"Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, kita tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter yang memasuki ruang udara negara itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hazani turut memaklumkan pihaknya telah mengesan sebaran mesej di media sosial yang mendakwa helikopter milik PDRM telah menceroboh ruang udara Singapura.

Pada Isnin, sebuah portal berita memetik catatan media sosial sebagai berkata, sebuah helikopter AgustaWestland AW139, dengan 'call sign' 9M-PMD, yang dalam perjalanan ke Pengerang, terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan.

Portal itu turut memetik maklumat dari laman mengesan penerbangan FlightRadar24 yang menunjukkan sebuah pesawat tanpa 'call sign' muncul di ruang udara Lapangan Terbang Changi ketika helikopter Malaysia memasuki ruang udara Pulau Tekong.

Artikel Berkaitan: