Terbuka AS: Djokovic selangkah cipta sejarah

Djokovic meraikan kejayaan mengalahkan Zverev di separuh akhir Terbuka AS pada Sabtu. - Foto AFP
Djokovic meraikan kejayaan mengalahkan Zverev di separuh akhir Terbuka AS pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic hanya selangkah untuk mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Alexander Zverev pada Sabtu.

Pada perlawanan separuh akhir, pemain berusia 34 tahun dari Serbia tersebut tidak berdepan masalah menewaskan Zverev dari Jerman 4-6, 6-2, 6-4, 4-6, 6-2 untuk melangkah ke pentas akhir menentang pilihan kedua kejohanan, Daniil Medvedev.

Pada aksi akhir di Stadium Arthur Ashe, Djokovic menentang Medvedev yang berstatus naib juara edisi 2019 yang sebelum itu menjinakkan pemain pilihan ke-12, dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-4 7-5 6-2

“Ini adalah detik yang ditunggu-tunggu. Peluang seperti ini amat dinanti-nantikan. Saya akan melayan perlawanan seterusnya seperti perlawanan terakhir karier saya. Hanya tinggal satu perlawanan. Saya akan berikan segala-galanya pada perlawanan itu nanti,” ujar Djokovic.

Untuk rekod, Djokovic dalam pemburuan kejuaraan Terbuka AS kali keempat selain kejuaraan Grand Slam ke-21 untuk muncul pemain terbanyak memenangi gelaran utama tersebut.

Artikel Berkaitan: