Lebih separuh penduduk dewasa Sabah lengkapkan vaksinasi Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka hingga Jumaat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, hingga semalam 51.1 peratus atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, 67 peratus atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

"Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada Covid-19," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mengulas kes positif Covid-19, Masidi berkata, Sabah mencatat 2,163 kes pada Sabtu, turun sedikit berbanding 2,246 pada Jumaat dan daripada jumlah kes itu 57.6 peratus atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beliau berkata, daripada jumlah kes itu juga, 63.5 peratus atau 1,374 kes daripada kategori dua, 28.1 peratus atau 607 kes daripada kategori satu manakala bakinya kategori tiga, empat dan lima serta dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: