34 individu ditahan dalam pusat hiburan

Asisten Komisioner Shafee Abd Samad
Asisten Komisioner Shafee Abd Samad
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan 34 individu termasuk seorang pemilik premis pusat hiburan dalam satu serbuan dilakukan di Taman Mutiara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, serbuan yang dilakukan jam 8.30 malam itu hasil maklumat awam dan risikan pihaknya terhadap pengoperasian premis hiburan itu walaupun masih tidak dibenarkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Menurutnya, ketika serbuan kesemua pengunjung yang terdiri daripada 26 lelaki dan tujuh wanita warga tempatan sedang leka berhibur dalam premis tertutup tanpa penjarakan fizikal.

"Kesemua mereka ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu dalam kes berasingan, Shafee berkata, seorang lelaki warga tempatan ditahan di Tingkat Perusahaan Perai selepas membenarkan pekerjanya yang masih dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 bekerja sekali gus menyalahi peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysja (KKM).

Katanya, kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Artikel Berkaitan: