428 usahawan Pahang terima moratorium pembiayaan perniagaan Mara

Abdul Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada usahawan di Pahang.
Abdul Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada usahawan di Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 428 usahawan Pahang bakal menerima moratorium pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melibatkan aplikasi kewangan sebanyak RM1.66 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, selain itu kerajaan turut memberi insentif pengecualian sewa dan diskaun sewaan sebanyak 30 peratus kepada usahawan terlibat.

Menurutnya, insentif itu akan dinikmati oleh 473 penyewa semasa dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM733,000

"Sebanyak RM 1.175 juta telah diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) di Pahang.

"Jumlah peruntukan itu diagihkan kepada 34 usahawan di bawah program S3P manakala RM600,000 diperuntukkan kepada 22 usahawan di bawah program DanaNITA," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau menyampaikan bantuan kepada usahawan pada program tinjauan dan penyerahan bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Abdul Rahman menjelaskan, bantuan-bantuan yang dilaksanakan oleh Mara adalah sebahagian daripada siri bantuan yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini melalui pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

"Bantuan ini bagi membantu usahawan bumiputera yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Semoga skim-skim bantuan yang disampaikan melalui Mara ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan bumiputera dan menjadi pembakar semangat mereka untuk terus menempa kejayaan dalam bidang perniagaan," ujarnya.