X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

BAM pertaruh skuad muda

Mohamad Norza ketika sidang media di ABM, Bukit Kiara pada Sabtu.
A
A

SKUAD badminton negara membuat keputusan untuk menghantar pasukan pemain muda pada kejohanan Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung bulan depan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, skuad tersebut diletakkan sasaran untuk mara ke suku akhir dalam ketiga-tiga kejohanan itu.

"Kita meletakkan sasaran suku akhir kepada ketiga-tiga skuad tersebut pada kali ini.

"Ini adalah masa sesuai untuk mengambil risiko dan menghantar pemain muda sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Olimpik 2024 di Perancis nanti," katanya semasa sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Sabtu.

Kebanyakan pemain dalam skuad Piala Thomas berumur antara 21 sehingga 24 tahun, manakala, untuk Piala Sudirman, rata-rata pemain berusia 18 sehingga 26 tahun.

Untuk Piala Uber pula turut dibarisi oleh Siti Nurshuhaini Azman yang baru berusia 17 tahun dengan pemain paling senior adalah Lee Meng Yean yang berusia 27 tahun.

Siti Nurshuhaini akan menjadi wakil tunggal daripada skuad junior negara di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek.

Sementara pemain muda perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan pemain perseorangan wanita Eoon Qi Xuan bakal mendapat pengalaman berharga selepas turut terpilih membarisi skuad kali ini.

Tze Yong, 21 beraksi cemerlang untuk muncul sebagai pemain terbaik pada sesi pemilihan yang dikendalikan oleh pengarah kejurulatihan Wong Choong Hann manakala Qi Xuan pula dipilih bagi menggantikan Goh Jin Wei yang tidak berada pada prestasi terbaiknya ketika ini.

PIALA SUDIRMAN

Perseorangan lelaki:

Lee Zii Jia, Ng Tze Yong.

Beregu lelaki:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Perseorangan wanita:

S. Kisona, Eoon Qi Xuan.

Beregu Wanita:

Pearly Tan-M.Thinaah, Yap Ling-Teoh Mei Xing.

Beregu Campuran:

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.

Piala Thomas

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Beregu Lelaki:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Low Hang Yee.

Piala Uber

Perseorangan Wanita:

S. Kisona, Goh Jin Wei, Eoon Qi Xuan, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman.

Beregu Wanita:

Pearly Tan-M. Thinaah, Yap Ling-Teoh Mei Xing, Lee Meng Yean-Go Pei Kee.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!