Pelihara sumber udang galah di sungai

Awaludin (tiga kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Awaludin (tiga kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima.
A
A
A

REMBAU - Lebih daripada 1.5 juta benih udang galah dilepaskan di Sungai Timun di sini sejak tahun lepas sehingga kini bagi meningkatkan populasi udang itu di sungai berkenaan.

Ketua Daerah Perikanan Rembau/Tampin, Md Johari A Latif berkata, usaha itu dilakukan bertujuan memelihara sumber udang galah di sungai selain dimanfaatkan komuniti terutama nelayan dan orang awam.

"Selain itu dalam tempoh yang sama, kita turut melepaskan lebih daripada 200 ribu benih ikan antaranya baung dan lampam sungai.

"Usaha ini dapat memastikan kelangsungan sumber iklan asli di sungai berkenaan sentiasa ada dan terpelihara," katanya kepada pemberita selepas selesai Program Sepakat@Komuniti Daerah Rembau di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.

Pada program berkenaan, seramai 38 ahli My Komuniti Perikanan (MyKP) menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan bukan kerajaan (NGO) iaitu MyFundAction, program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Md Johari berkata, pendapatan sumber nelayan di Sungai Timun turut terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini susulan aktiviti menyewa bot tidak dapat diusahakan.

"Aktiviti memancing tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu kehadiran pemancing dan pelancong ke sungai ini menurun.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, aktiviti sewa bot tidak dapat dijalankan sekali gus menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan," katanya.