X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Fungsi Sehat dalam Selangkah tangani isu kesihatan mental

Selangkah memperkenalkan fungsi baharu dalam aplikasinya iaitu Selangor Mental Sihat (Sehat) bagi menangani pelbagai isu kesihatan mental.
A
A

SHAH ALAM - Selangkah Ventures Sdn Bhd (SVSB) memperkenalkan fungsi baharunya iaitu Selangor Mental Sihat (Sehat) dalam aplikasi mudah alih Selangkah bagi menangani pelbagai isu kesihatan mental penduduk di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SVSB, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, ciri terbaharu hasil kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan WhatsDoc Sdn Bhd itu akan meningkatkan kesedaran serta literasi berhubung isu kesihatan mental dalam kalangan penggunanya.

"Sehat juga akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan awal menerusi modul saringan kendiri serta bantuan psikososial daripada kaunselor profesional dan forum sokongan.

"Ciri baharu ini melengkapi vertikal kesihatan Selangkah dan pengenalannya memang tepat pada waktunya iaitu ketika musim pandemik ini. Kesihatan mental kini dikenali oleh masyarakat dan kami ingin memainkan peranan dalam mengetengahkan isu yang serius ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Antara fungsi yang boleh diteroka pengguna ialah ujian saringan kesihatan mental, saringan risiko, video psikopendidikan, portal WhatsDoc dan skala literasi kesihatan mental.

Selangkah boleh dimuat turun menerusi Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery serta pengguna sedia ada dinasihatkan mengemas kini aplikasi tersebut bagi menikmati ciri Sehat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!