X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Jakim sedia bantu tangani masalah kesihatan mental

Ahmad Marzuk cuba mengayuh beca pada program musaadah Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)-Bank Islam kepada pengayuh beca di Dataran Muhammadi, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan perkhidmatan kaunseling menerusi panggilan telefon kepada rakyat negara ini yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, lebih 30 pegawai ditempatkan untuk menjawab panggilan itu bagi memberikan kaunseling kepada mereka yang berdepan dengan masalah tersebut.

"Perkhidmatan ini turut disediakan untuk menangani masalah melibatkan isu kekeluargaan. Saya akui mungkin ada cara yang mudah untuk mereka yang terlibat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Namun disebabkan tiada kepakaran, mereka gagal mengendalikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin, jadi kita akan bantu mereka melalui sesi khidmat nasihat," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Musaadah Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) – Bank Islam kepada pengayuh beca di Dataran Muhammadi pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, jika masalah menjadi lebih teruk, mereka yang terlibat boleh berhubung terus dengan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang prihatin terhadap rakyatnya dan kerajaan telah menyediakan peruntukan yang banyak untuk mengatasi masalah melibatkan kesihatan mental.

Ahmad Marzuk berkata, usaha itu menunjukkan komitmen kerajaan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan perkhidmatan kaunseling ini tidak hanya tertumpu kepada orang Islam sahaja, tetapi melibatkan seluruh masyarakat di Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!