X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Remaja berisiko diutamakan ambil suntikan vaksin Covid-19

Dr Adham (kanan) melawat gerai pameran semasa mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Remaja yang berisiko akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin dalam usaha mengurangkan komplikasi sekiranya terkena jangkitan Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagaimanapun suntikan vaksin untuk golongan remaja berusia 16 dan 17 tahun itu akan diberikan sebaik sahaja kerajaan berjaya menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan tahap imuniti kelompok berjaya dicapai.

"Kami akan mulakan suntikan ini di Sabah dan Sarawak dahulu, namun begitu ada beberapa negeri boleh dipercepatkan suntikan untuk golongan tersebut (remaja) kerana ia dilihat sebagai satu keperluan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, setakat ini kerajaan menggunakan satu jenis vaksin Covid-19 sahaja untuk golongan remaja iaitu Pfizer.

Beliau berkata, penggunaan vaksin itu berpandukan kepada data-data klinikal yang dikatakan selamat untuk golongan berkenaan.

Dalam perkembangan lain Dr Adham berkata, MOSTI sedang menyediakan 'roadmap' dalam proses penghasilan pertama vaksin di negara ini.

"Sebagai langkah awal, kita sedang mengumpulkan saintis-saintis dari dalam dan luar negara untuk menjayakanya usaha ini.

"Penghasilan (vaksin) ini sama ada menerusi kerjasama dalam dan luar negara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!