PDRM zahir ucapan takziah keluarga Zaman Khan

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang meninggal dunia pada Sabtu.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebook rasmi PDRM, Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham mencurahkan bakti terakhir di dalam PDRM sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada 1989 sehingga 1993 sebelum ditukarkan ke Jabatan Penjara Malaysia sebagai Ketua Pengarah.

"Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini petang ini.

"Didoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: