Pasangan negara raih gelaran antarabangsa Ukraine

Dua beregu negara terus rentak cemerlang selepas raih gelaran ketiga Eropah tahun ini, kali ini di kejohanan Antarabangsa Ukraine 2021 pada Jumaat. Gambar kiri: Regu campuran negara, Yap Roy King (kanan) dan Valeree Siow. (Gambar kanan) Beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri (kanan) dan Wan Arif Wan Junaidi. - Foto Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM

A
A
A

DUA beregu negara meneruskan rentak cemerlang selepas meraih gelaran ketiga Eropah tahun ini, kali ini di kejohanan Antarabangsa Ukraine 2021, malam tadi.

Setelah muncul juara Terbuka Antarabangsa Hellas minggu lepas dan Antarabangsa Latvia 2021 bulan lepas, gandingan beregu campuran Yap Roy King-Valeree Siow menewaskan pasangan dari Jerman Johannes Pistorious-Emma Moszczynski.

Pasangan remaja negara itu mengambil masa 29 minit untuk mengecewakan pilihan ketujuh kejohanan 21-19, 21-12 untuk muncul juara Antarabangsa Ukraine kali ini.

Beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri turut mencuri tumpuan selepas menundukkan pasangan India Ishaan Batnagar-K Sai Pratheek dalam perlawanan yang berlangsung hingga set penentuan.

Wan Arif-Muhammad Haikal bermula baik apabila menang set pertama 21-15 sebelum gandingan India bangkit memenangi set kedua 21-19.

Beraksi di set ketiga, pasangan negara kembali menguasai perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan di set penentuan dengan 21-15 dalam perlawanan berlangsung hampir satu jam itu.

Kejayaan ini adalah yang ketiga dicapai beregu negara itu selepas kejohanan Antarabangsa Hellas dan Terbuka Austria 2021 (Mei). - Bernama

Artikel Berkaitan: