X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

17 ditahan buat 'private party' malam Jumaat

Sembilan remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan dipercayai mengadakan 'private party' dalam serbuan itu pada malam Jumaat.
A
A

MELAKA - Polis menahan 17 individu termasuk sembilan remaja dipercayai mengadakan 'private party' dalam serbuan ke atas dua unit kondominium di Persiaran Sungai Melaka di sini, pada malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, menerusi Ops Noda yang dijalankan pada jam 11 malam, mereka yang ditahan berusia dari 17 hingga 35 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mereka dipercayai sedang berhibur selain terdapat beberapa botol minum keras di atas meja.

"Hasil daripada serbuan itu, seramai sembilan remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan manakala serbuan di sebuah unit kediaman lain menahan lapan lelaki yang turut berhibur.

"Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati, seorang individu berusia 19 tahun positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, kedua-dua kumpulan itu dipercayai menyewa unit kondominium berkenaan dengan harga RM450 semalam semata-mata untuk berhibur.

Selain itu polis merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran 'private party.'

Tambah beliau, mereka yang ditahan dikompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Melaka dan individu positif dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!