'Rindu masakan ibu'

Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anak sedang mengaji bersama-sama sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu.
Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anak sedang mengaji bersama-sama sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu.
A
A
A

GENAP 30 hari pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin.

Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Siapa sangka, kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan arwah ketika hayatnya.

Tanggal 9 September, Shuib telah berkongsi kerinduannya pada isteri tercinta yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaannya. Namun itulah perancangan Allah mengatasi segalanya.

Sebelum ini kisah Allahyarham Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 terpaksa melahirkan anak lelaki pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan sangat meruntun hati orang ramai.

Tambah pula ramai dalam kalangan peminat, rakan artis dan ahli keluarga yang merindui celoteh menghiburkan pelantun lagu Kesetiaan itu ketika membuat live masak di dapur.

Allahyarham juga sering menggunakan tagline ‘my style’ setiap kali berkongsi video memasak di Instagram.

Terbaharu, pengendali akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah ada berkongsi satu video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’. Difahamkan, video tersebut merupakan video kenangan dan koleksi memasak yang masih tersimpan.

Sementara itu, Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anak sedang mengaji bersama-sama sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Betullah orang kata kasih sayang seorang suami terhadap arwah isteri tak akan pernah padam membuatkan diri terasa kosong dan merindui insan tersayang itu.

Selain doa dan zikir sebagai pengubat rindu, Shuib berkongsi sebuah lagu yang berjudul ‘Musafir Rindu’ nyanyian Ramli Sarip yang didengarinya sekaligus seakan memberi bayangan bahawa dia sedang menanggung rindu terhadap isteri tercinta. -Awani