Cubaan curi hasil hutan dikesan

Lori yang penuh muatan pelbagai spesis hasil hutan dipercayai dicuri dua lelaki ditahan untuk siasatan selanjutnya (foto: ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu)
Lori yang penuh muatan pelbagai spesis hasil hutan dipercayai dicuri dua lelaki ditahan untuk siasatan selanjutnya (foto: ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu)
A
A
A

HULU TERENGGANU- Jabatan Perhutanan Terengganu berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri dan membawa keluar pelbagai hasil hutan di Kampung Pela, di sini bernilai keseluruhan hampir RM13,000, pada Rabu.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, pemantauan yang dijalankan penguat kuasa kira-kira jam 5 petang di lokasi (laluan utama Jerangau/ Jabor), di sini menemukan sebuah lori yang membawa muatan kayu bulat pelbagai spesis dan saiz.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati lori jenis Nissan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu membawa pelbagai spesis saiz kayu terdiri daripada kayu Berpaya; Gerongang; Jubin; Bintangor; Terap; Pulai dan Kelat tanpa sebarang pas pemindah atau apa-apa kebenaran bertulis daripada kami.

"Selain dua lelaki tempatan ditahan termasuk pemandu dan kelindan berusia 19 tahun, penguat kuasa merampas lori berkenaan dan 77 batang pelbagai spesis kayu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu mengikut peruntukan Seksyen 68 (1) di mana terdapat hasil hutan dalam milikannya atau kawalannya tanpa memiliki pas bagi pemindahan hasil hutan.

Artikel Berkaitan: