Nahas tiga kenderaan, lebuh raya sesak 6 kilometer

Nahas di Kilometer 345.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Jumaat yang menyebabkan berlaku kesesakan sejauh hampir enam kilometer.
Nahas di Kilometer 345.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Jumaat yang menyebabkan berlaku kesesakan sejauh hampir enam kilometer.
A
A
A

TAPAH - Lori terbalik selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 345.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Jumaat menyebabkan berlaku kesesakan sejauh hampir enam kilometer.

Nahas berlaku sekitar jam 9.05 malam itu membabitkan dua lori dengan sebuah kereta dan turut mengakibatkan dua daripada mangsa cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah lori muatan excavator berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami masalah tayar pecah.

Sebuah lori terbalik dalam nahas tiga kenderaan menyebabkan kesesakan berlaku sejauh hampir enam kilometer di lebuh raya.
Sebuah lori terbalik dalam nahas tiga kenderaan menyebabkan kesesakan berlaku sejauh hampir enam kilometer di lebuh raya.

Menurutnya, ketika itu datang sebuah lagi lori membawa makanan sejuk beku hilang kawalan lalu melanggar lori di lorong kecemasan itu menyebabkan kenderaan berat terbabit terbalik di lorong kanan.

"Dalam masa sama telah datang sebuah kereta dinaiki tiga sekeluarga gagal mengelak kemalangan itu lalu melanggar lori yang dalam keadaan terbalik.

"Keadaan itu menyebabkan dua penumpang kereta iaitu wanita dan anaknya cedera parah, manakala suami berusia 35 tahun yang memandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun kedua-dua pemandu lori masing-masing berusia 60 dan 39 tahun tidak mengalami kecederaan serius.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aliran trafik perlahan di lokasi kejadian disebabkan hanya satu lorong sahaja yang dibuka untuk sementara bagi kerja-kerja menyelamat dan mengalih kenderaan.

"Kerja-kerja mengalihkan kenderaan sedang dibuat dan sehingga kini kesesakan jalan berlaku sejauh hampir enam kilometer," katanya.