Bomba Jeli mandikan Abot dan Rambai

Proses menyejukkan Abot dan Rambai dilakukan di Pejabat Perhilitan Jeli pada Jumaat. Foto: JBPM Jeli
Proses menyejukkan Abot dan Rambai dilakukan di Pejabat Perhilitan Jeli pada Jumaat. Foto: JBPM Jeli
A
A
A

JELI - Dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai dimandikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli pada Jumaat bagi membantu menyejukkan badan haiwan berkenaan selepas menjalani proses menangkap gajah liar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, sebelum ini pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hanya meminjam peralatan untuk memandikan haiwan berkenaan.

Namun kali ini, mereka diminta untuk melakukan proses tersebut dengan bantuan pegawai Perhilitan dari Kuala Gandah yang bertugas.

"Empat anggota ditugaskan untuk proses menyejukkan gajah ini dan ia merupakan salah satu tugas-tugas khas melibatkan bantuan kepada agensi kerajaan. Kebiasaannya mereka akan guna peralatan kami saja.

"Kebetulan kali ini mereka mahu kami mandikan dengan bantuan pegawai yang bertugas, satu pengalaman baharu dan tanggungjawab besar bagi kami," katanya.

Menurutnya, proses menyejukkan badan haiwan berkenaan dilakukan di Pejabat Perhilitan Jeli bermula jam 6 petang dan tamat 40 minit kemudian.

Artikel Berkaitan: