X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

KPM perlu peka kebimbangan ibu bapa

Zahid - Foto fail Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil kira kebimbangan ibu bapa terhadap risiko keselamatan anak-anak apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka pada 3 Oktober ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana sebahagian ibu bapa dalam dilema untuk membenarkan anak kembali ke sekolah ketika kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, KPM begitu bersungguh-sungguh mahu membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka bermula Oktober ini.

"Mungkin KPM wajar mempertimbangkan pembukaan sekolah berdasarkan kawasan. Misalnya, kawasan mencatatkan kadar jangkitan yang rendah.

"Bagi kawasan yang masih tinggi kadar jangkitan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) wajar diteruskan walau dalam negeri fasa dua dan tiga.

"Saya yakin tindakan ini akan memberi keyakinan kepada ibu bapa dan para guru untuk sesi persekolahan secara bersemuka di kawasan kurang jangkitan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!