X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Orang asli Bateq terima suntikan vaksin CanSino

Masyarakat orang asli suku Bateq yang menetap di Pos Lebir, Gua Musang menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin tunggal Covid-19 yang dikenali sebagai CanSino di negeri ini, pada Khamis.
A
A

GUA MUSANG - Masyarakat orang asli suku Bateq yang menetap di Pos Lebir, di sini menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin tunggal Covid-19 yang dikenali sebagai CanSino di negeri ini pada Khamis.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr Hazura Mat Zubir berkata, suntikan itu secara tidak langsung meningkatkan imuniti kelompok dalam usaha kerajaan mencegah penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat berkenaan.

"Dianggarkan sebanyak 8,000 dos vaksin jenis CanSino akan diberikan kepada orang asli kawasan pedalaman negeri ini melibatkan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi, di sini pada Khamis.

Menurutnya, walaupun lokasi ini berada dalam jajahan Gua Musang, namun program itu di bawah tanggungjawab dan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai.

Beliau berkata, PKD Kuala Krai cukup teruja dengan komitmen yang ditunjukkan oleh suku kaum Bateq yang sanggup ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi untuk menerima suntikan CanSino.

Suntikan CanSino itu menamatkan penantian 205 orang asli di kawasan tersebut untuk menerima vaksin Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!