MPOB: Stok minyak sawit mentah naik 35.07 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

STOK minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Ogos 2021 meningkat 35.07 peratus kepada 950,711 tan metrik daripada 703,881 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB dalam laporan prestasi industrinya bagi Ogos yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, inventori minyak sawit diproses juga naik 16.59 peratus bulan ke bulan kepada 924,035 tan metrik daripada 792,582 tan metrik.

“Keseluruhannya, stok minyak sawit naik 25.28 peratus kepada 1.87 juta tan metrik daripada 1.49 juta tan metrik sebelumnya.

“Mengenai pengeluaran, output MSM meningkat sebanyak 11.80 peratus kepada 1.70 juta tan metrik berbanding 1.52 juta tan metrik pada Julai,” katanya.

Pengeluaran isirung sawit naik sebanyak 16.04 peratus kepada 426,226 tan metrik daripada 367,309 tan metrik pada bulan sebelum itu manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah menokok 11.61 peratus kepada 191,818 tan metrik daripada 171,860 tan metrik pada Julai.

Sementara itu, MPOB berkata, eksport minyak sawit susut 17.06 peratus bulan ke bulan kepada 1.16 juta tan metrik pada Ogos daripada 1.40 juta tan metrik pada Julai, manakala eksport minyak isirung sawit jatuh 24.70 peratus bulan ke bulan kepada 85,351 tan metrik daripada 113,350 tan metrik pada bulan sebelum itu.

“Eksport oleokimia juga merosot 8.40 peratus bulan ke bulan kepada 224,354 tan metrik daripada 244,940 tan metrik.

“Bagaimanapun, eksport biodiesel melonjak 138.66 peratus bulan ke bulan kepada 56,891 tan metrik daripada 23,838 tan metrik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut agensi itu, Malaysia tidak mengimport MSM pada Ogos berbanding import sebanyak 6,496 tan metrik pada Julai, manakala jumlah import minyak sawit meningkat 68.09 peratus kepada 91,408 tan metrik daripada 54,381 tan metrik pada bulan sebelumnya. - Bernama