Notis 21 hari dihantar sebelum bantuan JKM tamat

Nicole Tan Lee Koon ketika meninjau lokasi di Taman Bukit Kepayang.
Nicole Tan Lee Koon ketika meninjau lokasi di Taman Bukit Kepayang.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan akan menerima notis 21 hari daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum bantuan di bawah agensi itu ditamatkan kepada penerima terlibat di kawasan mereka.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Kon berkata, sistem penamatan bantuan JKM itu dikuatkuasakan sejak 22 Januari tahun lalu.

Beliau memberitahu, sebelum ini hanya penerima bantuan sahaja menerima notis tersebut namun berlaku salah faham di pihak ADUN sekiranya mereka pernah menguruskan permohonan terbabit.

"Justeru, ditegaskan bahawa tidak berlaku penamatan bantuan JKM tanpa pemakluman kepada wakil rakyat kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar berkaitan permasalahan parkir disebabkan aktiviti pendakian di Taman Bukit Kepayang di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, permohonan bantuan JKM yang gagal menepati syarat tidak dapat dipertimbangkan namun pihaknya bersedia menyiasat permohonan daripada senarai e-Kasih yang dirujuk.

Papan tanda melarang meletakkan kenderaan di bahu jalan Taman Bukit Kepayang.
Papan tanda melarang meletakkan kenderaan di bahu jalan Taman Bukit Kepayang.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, orang ramai diingatkan tidak lagi parkir kenderaan di bahu jalan Taman Bukit Kepayang untuk tujuan pendakian di kawasan itu kerana boleh mengganggu pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Kita memberi amaran dalam minggu ini dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan lebih tegas jika ada yang masih melanggar peraturan itu.

"Orang ramai masih boleh mendaki Bukit Kepayang dengan menggunakan laluan alternatif di Medan Perniagaan Taman Bukit Kepayang, tempat perniagaan Kepayang Heights dan sepanjang jalan bangunan Empayar Siew Pau. Kesemua lokasi ini mempunyai parkir sesuai dan tidak mengganggu laluan penduduk," katanya.

Beliau juga mahu perkara ini diselesaikan secara 'menang-menang' supaya semua pihak dapat menjalankan urusan dengan baik selain hormat-menghormati antara satu dengan lain.