Kerajaan disaran agresif vaksinasi masyarakat pedalaman

Hazmi
Hazmi
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan perlu turun ke akar umbi lebih agresif bagi membantu masyarakat mendapatkan vaksinasi Covid-19 terutamanya yang melibatkan penduduk di kawasan pedalaman.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata, mungkin ada lagi masyarakat di kawasan-kawasan tertentu yang berdepan dengann kekangan untuk keluar mendapatkan vaksin.

"Walaupun kita sediakan perkhidmatan jumpa terus, namun perlu juga dilihat sama ada pusat pemberian vaksin (PPV) itu strategik dengan meneliti mengapa ada kawasan-kawasan yang penerimaan suntikan vaksin agak rendah.

"Kita kena lihat apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak divaksin lagi. Mungkin tak boleh keluar, mungkin mereka orang kelainan upaya (OKU) dan

sebagainya," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menggunakan bas atau lain-lain perkhidmatan untuk masuk ke kawasan-kawasan berkenaan bagi melaksanakan program vaksinasi secara terus.

Pengerusi Biro Komunikasi Amanah Kelantan itu juga berkata, ada antara mereka yang masih belum tahu kewajipan untuk menerima vaksinasi Covid-19 ini.

"Tidak pelik jika ada yang masih antivaksin dan tidak tahu bahawa kita perlu mengambil vaksinasi tersebut. Sebab itu saya rasa kerajaan kena turun ke peringkat akar umbi,'' jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan saran beliau, perlu lebih proaktif menyampaikan maklumat tentang kebaikan menerima vaksin bagi matlamat mencapai komuniti kelompok berkenaan.

"Ketika dunia di hujung jari, pelbagai maklumat yang sampai kepada rakyat. Pada masa sama, maklumat yang tidak tepat juga tersebar kononnya vaksin ini punca kematian.

"Ini antara isu yang menjadi punca

timbulnya kegerunan dalam kalangan rakyat. Maka, kerajaan perlu tampil agresif melalui penerangan antara risiko dan kebaikan yang diperoleh individu yang mengambil vaksin,'' jelasnya.