Aktiviti seludup jadi 'kerja sampingan' penduduk di sempadan

Mat Shukor (kiri) menunjukkan sebahagian daripada haiwan yang paling banyak diseludup oleh penyeludup di sepanjang Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand.
Mat Shukor (kiri) menunjukkan sebahagian daripada haiwan yang paling banyak diseludup oleh penyeludup di sepanjang Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa mendedahkan kebanyakan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai mata pencarian sampingan.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, pengakuan itu hasil soal siasat beberapa individu yang ditahan ketika melakukan kegiatan tersebut.

Menurutnya, seramai 64 penyeludup termasuk dua wanita ditahan sejak mengambil alih pengawasan Op Benteng Covid-19 pada 16 Ogos hingga 9 September lalu.

"Kebanyakan penyeludup yang ditahan berusia antara 30 hingga 50 tahun," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal (Martek) PGA Lubok Stol di sini pada Jumaat.

Mat Shukor memberitahu, PGA akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan melalui pemantauan di semua pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

Katanya, pemantauan bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor (Tumpat) bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

Artikel Berkaitan: