X

Kindly register in order to view this article
!

Apa susah sangat jumpa penduduk?

Karim mahu kerajaan negeri bertemu penduduk untuk berbincang.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor digesa segera bertemu penduduk Taman Kim Teng di sini bagi menjelaskan isu pengambilalihan tanah di kawasan itu.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim berkata, perbincangan perlu dilakukan bagi mendengar pandangan semua pihak.

"Saya minta Menteri Besar Johor (Datuk Osman Sapian) dan (Exco) yang memegang portfolio tanah ini jumpa penduduk. Apa susah sangat ni?

"Jumpalah penduduk... jangan sombong. Bincang dengan penduduk, jika betul mahu pembangunan di situ demi umum, kena yakinkan penduduk Taman Kim Teng. Rakyat pun rasional," katanya pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan penduduk di sini, hari ini.

Karim mahu kerajaan negeri bertemu penduduk untuk berbincang.
Karim mahu kerajaan negeri bertemu penduduk untuk berbincang.

Beliau tidak mahu ada pembangunan di Johor Bahru, tetapi penduduk taman menjadi mangsa.

"Kita mohon Osman kaji semula usaha pengambilalihan tanah di Taman Kim Teng," katanya.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang bersama Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan ADUN Stulang, Andrew Chen hadir pada sesi 'town hall' anjuran Persatuan Jawatankuasa Penduduk Kim Teng Park berhubung pengambilalihan tanah oleh kerajaan negeri.

Dalam sesi tersebut penduduk bangkit mempertahankan keputusan untuk tidak menyerahkan tanah dan rumah mereka meskipun telah menerima notis 31 Januari lalu.

Difahamkan mereka berjaya menangguhkan pengambilalihan tanah seluas 28 ekar itu pada tahun 2015.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!