Ibu, teman lelaki didakwa bunuh anak tiga tahun

Ieda Nor Esbi hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi untuk pertuduhan membunuh anak lelaki yang berusia tiga tahun minggu lalu.
Ieda Nor Esbi hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi untuk pertuduhan membunuh anak lelaki yang berusia tiga tahun minggu lalu.
A
A
A

BANDAR BARU BANGI - Seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh anak lelaki wanita itu yang berusia tiga tahun minggu lalu.

Ieda Nor Esbi Baharuddin, 35, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju hitam manakala kekasihnya, Norazizol Baharum, 34, berbaju merah dilihat menundukkan kepala, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama sengaja membunuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu di sebuah rumah di Seksyen 2 di sini, antara jam 6.30 pagi hingga 10.41 malam 2 September lalu.

Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Norazizol Baharum hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat untuk pertuduhan membunuh anak kekasihnya minggu lalu.
Norazizol Baharum hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat untuk pertuduhan membunuh anak kekasihnya minggu lalu.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 14 Oktober depan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan pasangan kekasih itu ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak minggu lalu.

Mangsa yang juga anak kandung wanita tersebut mengalami cedera parah di abdomen serta badan dan disahkan meninggal dunia setelah dimasukkan di sebuah hospital swasta pada 2 September lalu.