Top Glove kembali eksport, jual sarung tangan ke AS

CBP mengesahkan bahawa sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove akan diterima di semua pintu masuk pelabuhan AS bermula 10 September.
CBP mengesahkan bahawa sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove akan diterima di semua pintu masuk pelabuhan AS bermula 10 September.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd telah dibenarkan untuk kembali mengeksport dan menjual sarung tangan ke Amerika Syarikat (AS) bermula Jumaat, berikutan pengubahsuaian penemuan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.

CBP dalam kenyataan mengesahkan bahawa sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove akan diterima di semua pintu masuk pelabuhan AS bermula 10 September.

“Top Glove mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CBP di atas kerjasamanya dalam pengubahsuaian penemuan ini dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan syarikat berikutan sokongan dan timbang rasa dalam hal ini,” menurut Top Glove dalam kenyataan pada Jumaat.

Top Glove berkata, ia kekal komited terhadap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerjanya.

Ketika ini Top Glove mempunyai 48 kilang iaitu 41 kilang di Malaysia, Thailand (lima), China (satu) dan Vietnam (satu), merangkumi antaranya kilang sarung tangan, loji lateks pekat, kilang kimia, kilang bahan pembungkusan, kilang kondom dan kilang pelitup muka. - Bernama

Artikel Berkaitan: